Anda akan menerima temujanji untuk selama maksimum 45 minit bersama dengan dua Pelajar Penasihat (“Student Adviser”) kami dan seorang Penyelia (“Supervisor”) yang ditugaskan. Dalam tempoh 14 hari bekerja selepas sesi temujanji, nasihat undang-undang yang menggariskan kekuatan kes anda dan pilihan jalan penyelesaian yang sesuai dengan kes anda akan diberi melalui sesi pemberian nasihat selama maksimum 45 minit. Sekiranya kes anda rumit, kami mungkin memerlukan lebih daripada 14 hari.

 

Kami tidak boleh mewakili kes di mahkamah tetapi kami boleh merujuk kes anda kepada badan-badan perundangan yang boleh mewakili anda dengan fi yang minima. Badan-badan perundangan ini juga mempunyai proses penilaian tersendiri dalam menerima kes-kes untuk diwakili. Oleh yang demikian, kami tidak memberi jaminan bahawa badan-badan perundangan tersebut akan mengambil kes anda.

 

Kami mendengar dan memberi nasihat awal berkaitan dengan permasalahan undang-undang anda untuk membolehkan anda menilai kekuatan kes anda sebelum meneruskan langkah seterusnya. Namun, kami hanya tidak boleh memberi temujanji susulan setelah anda telah menerima nasihat tetapi kami boleh memberi anda maklumat di mana anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat selanjutnya. Oleh yang demikian, anda dikehendaki untuk memberi segala maklumat berkaitan kes anda dengan selengkapnya ketika temujanji diberi.