Koordinat GPS kami:  3.118038,101.660635



Melalui Lebuhraya Persekutuan:

Dari arah Shah Alam/Klang/Subang Jaya:
Selepas pintu gerbang sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur, keluar ke arah Universiti Malaya/ Menara TM/ Jalan Pantai Baharu/ Jalan Bangsar. Selepas melalui dua lampu isyarat, akan kelihatan Masjid Ar-Rahman di sebelah kiri, pastikan anda di laluan kiri jalan (di bawah jejambat/ flyover).
Dari sana, ikut laluan ke kiri untuk ke Universiti Malaya.
Fakulti Undang-Undang adalah bangunan kedua  di sebelah kiri anda.

Dari arah Kuala Lumpur:
Selepas melalui bangunan Angkasapuri di sebelah kiri, keluar ke laluan Kg. Kerinchi/Jln. Pantai Baharu/Jln. Bangsar.
Terdapat lampu isyarat dan tanda arah arah ke Universiti Malaya/ Menara TM/ Jalan Pantai Baharu/ Jalan Bangsar.
Belok ke kanan di lampu isyarat tersebut dan ikut tanda arah ke Universiti Malaya.
Akan kelihatan Masjid Ar-Rahman di sebelah kiri anda, pastikan anda di laluan kiri jalan (di bawah jejambat/ flyover).
Dari sana, ikut laluan ke kiri untuk ke Universiti Malaya.
Fakulti Undang-Undang adalah bangunan kedua  di sebelah kiri anda.