Kami tidak dapat memberikan khidmat nasihat melainkan anda memberikan kami maklumat kes yang lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes anda.

 

Anda perlu memberikan salinan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes anda pada atau sebelum temujanji dengan KBGUM.

 

Sekiranya anda membekalkan dokumen-dokumen tersebut lewat dari tarikh yang ditetapkan, maka tempoh 14 hari bekerja hanya akan bermula daripada tarikh penerimaan dokumen-dokumen tersebut.

 

Sekiranya dua minggu sudah berlalu daripada tarikh temujanji dan kami tidak menerima dokumen-dokumen seperti mana yang diminta, kami akan menutup kes anda. Kami juga tidak akan menetapkan tarikh temujanji yang baru sehingga jelas bahawa anda boleh membekalkan kepada kami salinan dokumen-dokumen tersebut.

 

Sebagai persetujuan penerimaan perkhidmatan kami, anda dikehendaki menandatangani terma dan syarat perkhidmatan kami dan menyerahkan sesalinan terma dan syarat perkhidmatan tersebut kepada kami. Salinan terma dan syarat perkhidmatan hanya akan diberikan setelah anda berjaya mendaftar sebagai klien kami