Sekiranya anda:

  • Tidak memberi kami makluman mengenai ketidakhadiran anda pada temujanji yang ditetapkan dalam tempoh 24 jam;
  • Tidak menghadiri temujanji yang ditetapkan;
  • Lewat menghadiri temujanji lebih daripada 15 minit;
  • Dua kali membatalkan temujanji yang telah ditetapkan,

Kami tidak boleh lagi memberi temujanji di masa hadapan. Budibicara akan digunakan di dalam keadaan yang sesuai.


Ini adalah atas dasar permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan kami. Kami hanya mampu memberi bantuan kepada beberapa klien dalam seminggu dan sekiranya anda tidak hadir ke temujanji yang ditetapkan menyebabkan klien lain yang lebih memerlukan nasihat guaman terlepas peluang mendapatkan khidmat nasihat peguam. Supervisor dan Student Adviser memberikan tenaga, kepakaran dan masa mereka secara percuma dan membuat persiapan sebelum sesi temujanji tersebut. Pembatalan dan ketidakhadiran anda ke temujanji adalah membazirkan masa mereka dan sumber-sumber kami.