aisyahsoberi@um.edu.my

Perkhidmatan Kami

Anda akan menerima temujanji untuk selama maksimum 45 minit bersama dengan dua Pelajar Penasihat (“Student Adviser”) kami dan seorang Penyelia (“Supervisor”) yang ditugaskan. Dalam tempoh 14 hari bekerja selepas sesi temujanji, nasihat undang-undang yang menggariskan kekuatan kes anda dan pilihan jalan penyelesaian yang sesuai dengan kes anda akan diberi melalui sesi pemberian nasihat selama maksimum 45 minit. Sekiranya kes anda rumit, kami mungkin memerlukan lebih daripada 14 hari bekerja.

Kami tidak boleh mewakili kes di mahkamah tetapi kami boleh merujuk kes anda kepada badan-badan perundangan yang boleh mewakili anda dengan fi yang minima. Badan-badan perundangan ini juga mempunyai proses penilaian tersendiri dalam menerima kes-kes untuk diwakili. Oleh yang demikian, kami tidak memberi jaminan bahawa badan-badan perundangan tersebut akan mengambil kes anda.

Kami mendengar dan memberi nasihat awal berkaitan dengan permasalahan undang-undang anda untuk membolehkan anda menilai kekuatan kes anda sebelum meneruskan langkah seterusnya. Namun, kami hanya tidak boleh memberi temujanji susulan setelah anda telah menerima nasihat tetapi kami boleh memberi anda maklumat di mana anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat selanjutnya. Oleh yang demikian, anda dikehendaki untuk memberi segala maklumat berkaitan kes anda dengan selengkapnya ketika temujanji diberi.

ENGLISH TRANSLATION

You will receive an appointment of a 45-minute-maximum with 2 of our student advisers and one supervisor-in-charge. In a period of 14 working days after the appointment, legal advice that outlines the strength of your case and an appropriate solution will be given in a 45-minute-maximum legal advise session. If your case is complex, we will require more than 14 working days.

We cannot represent your case in court but we can refer you to legal bodies that can represent you for a minimum fee. However, these legal bodies also have their own assessment process, thus we cannot guarantee these aforementioned legal bodies will take your case.

We listen and give early-on advise regarding your legal troubles to help you assess the strength of your case before taking any further action. Please take note that we cannot give follow-up appointments after you have received legal advice. However, we can provide you further information, therefore is adviseable for you to provide all important information regarding your case during the provided appointment.


 

Contact Details

Klinik Bantuan Guaman,
Fakulti Undang-Undang,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.

Telephone: 03-79676506
Email: legalaid@um.edu.my